LONDON, 8 Julai — Edisi News of the World Ahad ini adalah yang terakhir, demikian menurut pengerusi News International James Murdoch (gambar)susulan tekanan ekoran dakwaan bahawa mingguan itu melakukan siri intipan perbualan telefon.
Tabloid berusia 168 tahun itu didakwa mengintip perbualan mangsa-mangsa jenayah, selebriti dan ahli-ahli politik sehingga membolehkannya membawa laporan sensasi.
Semalam, pihak polis dilaporkan mahu berhubung dengan 4,000 orang yang dinamakan sebagai kumpulan sasaran dalam dokumen-dokumen yang dirampas.
Editornya Colin Myler berkata ia merupakan hari yang paling menyedihkan dalam “kerjaya profesional” beliau.
“Tiada apa-apa yang seharusnya memusnahkan segala kejayaan yang telah dicapai oleh akhbar unggul ini,” kata beliau dipetik laporan BBC.
Akhbar itu yang terkenal kerana laporan-laporan eksklusif mempunyai edaran bersih 2.8 juta setiap minggu. Ia juga diberi nama jolokan “News of the Screws.”
Downing Street menegaskan ia tiada sebarang peranan atau pembabitan dalam keputusan menutup akhbar tersebut
0 comments:
Post a Comment