Hasil laporan panel IAEA mengenai loji Lynas diumumkan kepada wakil media di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
Bagaimanapun panel IAEA menggariskan 11 syor penambahbaikan kepada Putrajaya untuk dilaksanakan sebelum menganugerakan lesen susulan kepada Lynas termasuk bagi memulakan praoperasi.
Kerajaan persekutuan juga berjanji akan melaksanakan kesemua syor yang digariskan.
Firma itu yang telah merancang memulakan operasi pada September ini akan mengumumkan langkah-langkah susulannya lewat hari ini.
“Laporan IAEA memutuskan bahawa ia tidak menemui apa-apa keadaan ketidakpematuhan standard keselamatan radiasi antarabangsa di projek Lynas,” kata dua anggota Kabinet, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Maximus Ongkili dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Panel sembilan pakar mendapati Lynas telah memenuhi standard kesihatan dan keselamatan antarabangsa selepas pemeriksaan selama sebulan.
Putrajaya yang berhadapan dengan tekanan dan protes kerana bimbang dengan risiko radioaktif telah meminta pakar-pakar dari IAEA untuk memeriksa aspek keselamatan dan kesihatan loji itu.
Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Ongkili yang mengetuai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak hadir pada sidang media yang diadakan tetapi disediakan kenyataan media.
Kenyataan media dibacakan oleh Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Sta Maria.
Bagaimanapun Lembaga Tenaga Atom dan Pelesenan (AELB) enggan mengulas laporan New York Times hari ini, mendakw loji Lynas di Gebeng berhadapan dengan masalah reka bentuk dan isu-isu pembinaan.
Apabila ditanya, Sta Maria berkata beliau ada membaca artikel itu tetapi menyerah kepada Lynas untuk mengulas.
Laporan penuh 55 halaman berkaitan dengan perlindungan radiasi, pengurusan sisa buangan dan sebagainya boleh diperoleh menerusi laman web IAEA (http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf), yang turut dipautkan dengan laman web MITI (http://bit.ly/m431qy) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (http://www.mosti.gov.my/mosti/).
Antara syor panel antarabangsa itu kepada kerajaan persekutuan dan AELB ialah memerlukan Lynas, sebelum memulakan operasi, mengemukakan satu pelan memperincikakn pengurusan sisa buangan dalam jangka panjang
0 comments:
Post a Comment