KUALA LUMPUR 21 Jun - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Singapura supaya tidak menjadikan alasan ruang udara negara mereka yang kecil sebagai alasan untuk menceroboh ruang udara negara ini.
"Kita tahu bahawa Singapura adalah negara jiran yang terdekat dengan Malaysia, ruang udara mereka terlalu kecil dan kita memahami kenapa mereka terbabas ke ruang udara kita tetapi itu jangan dijadikan alasan untuk pihak Singapura menerobosi ruang udara kita.
"Tentulah tindakan mereka akan lebih agresif jika ada pesawat-pesawat tentera udara kita yang masuk ke ruang udara mereka tanpa kebenaran, tetapi oleh kerana kita adalah negara jiran dan kita berada dalam komuniti negara ASEAN selain juga menyertai Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) maka kita memahami perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen pendidikan Guru Besar peringkat negeri Perak di sini, hari ini. - Bernama
0 comments:
Post a Comment