KUALA LUMPUR 22 Jun - Parti Progresif Penduduk (PPP) yang tidak mempunyai kerusi Parlimen atau negeri, masih boleh menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk M. Kayveas.
Beliau berkata, ini kerana perjuangan PPP adalah ikhlas sebagai parti komponen BN yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum.
"Sebagai sebuah parti komponen BN, PPP berikrar akan terus menyokong dan bekerja keras membantu memperkukuhkan BN bagi memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment