Parti Progresif Penduduk (PPP) menyasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 200,000 pengundi baru menjelang Oktober ini sebagai langkah menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Presidennya, Datuk M Kayveas berkata, parti berkenaan yakin dapat mencapai sasaran berkenaan memandangkan setakat ini, seramai 70,000 pengundi baru sudah didaftarkan.
Menurutnya, bagi mencapai sasaran itu, setiap cawangan PPP di seluruh negara telah diminta mendaftarkan sekurang-kurangnya 510 pengundi baru.
"Pada masa yang sama, kita juga bekerjasama dan bergerak seiringan dengan Umno dalam usaha mendaftarkan pengundi baru ini.
"PPP akan bergerak aktif untuk mencapai sasaran ini dan saya berharap semua cawangan akan turut memainkan peranan masing-masing," katanya selepas perasmian Konvensyen PPP Melaka.
Turut hadir termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Mohamad dan Pengerusi PPP Negeri, Datuk Chiw Tiang Chai.
Menurut Kayveas, daripada 70,000 pengundi baru yang didaftarkan setakat ini, hampir 80 peratus telah menyuarakan kesediaan mereka menyertai PPP.
Menurutnya, minat menyertai PPP juga kian meningkat memandangkan ramai yang melihat parti berkenaan sebagai sebuah parti 1Malaysia kerana komposisi kaum yang pelbagai.
"Ada juga yang menyokong PPP tetapi tidak mahu terlibat secara aktif dalam parti. Kita hormati dan terima pandangan mereka ini," katanya.
Sementara itu, Kayveas berkata, PPP akan turut menggunakan ahlinya, terutama golongan belia, untuk turut menggunakan media alternatif bagi berhadapan tohmahan dan berita palsu yang sering disiarkan mengenai BN.
"Berbeza golongan anti-kerajaan dan pembangkang, kita akan menyebarkan berita yang benar supaya rakyat dapat membuat penilaian," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, PPP sudah mengenalpasti beberapa kerusi yang boleh dimenanginya sekiranya diberi peluang bertanding dalam PRU 13 nanti.
Jelas Kayveas, parti berkenaan akan memohon supaya diberi peluang menurunkan calonnya di kawasan terbabit.
Menurutnya, PPP tidak akan meminta bertanding untuk sesebuah kerusi sekiranya parti itu tidak mempunyai keyakinan untuk memenanginya.
"Kita tidak akan sewenang-wenangnya meminta-minta kerusi ini. Kita akan meminta sekiranya kita yakin kita mempunyai peluang untuk menang," katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan berapa kerusi yang sudah dikenalpasti kerana jumlah keseluruhan masih belum diputuskan.

0 comments:
Post a Comment