Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0.
“Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini.
Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini.
Petang tadi, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada Julai ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan menyekat pembangunan ekonomi.
Muhyiddin berkata himpunan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan demokrasi kerana ia hanya disertai sekumpulan kecil.
“Perhimpunan Bersih tidak mewakili keseluruhan rakyat tapi sebilangan kecil sahaja,” katanya.
Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas hari yang sama menentang Bersih 2.0.
Pakatan Raktyat dan aktivis parti telah bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0, yang mana ia pertama kali diadakan pada 2007 dan dilaporkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, polis telah menyuraikan perhimpunan itu dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air.
PAS berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta tahun ini dan berharap sokongan kepada Pakatan Rakyat pada piliha raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini.
0 comments:
Post a Comment